Selasa, 13 Disember 2011

HALA TUJU NEGARA

HALA TUJU NEGARA (WAWASAN 2020)



SEJARAH WAWASAN

  • Ilham dari bekas Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 28 Febuari 1991
  • Wawasan 2020 adalah merupakan pengenalan kepada pembentukan beberapa dasar baru (Dasar Pembangunan Nasional) yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru.
MENGAPA PERLU WAWASAN

FOKUS KEBANGSAAN
  • Pemerintah dan rakyat memberi penumpuan ke arah mencapai matlamat
PERJANJIAN SOSIPOLITIK
  • Rakyat dan kerajaan membantu usaha pembangunan
AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL
  • Agenda pembangunan melalui perancangan jangka pendek, pertengahan dan panjang
WAWASAN 2020

::merupakan satu garis panduan kepada arah dasar pembangunan negara
::memberi arah tujuan dan sasaran negara bagi mencapai suatu tahap maju 
::menetapkan satu jangka masa tertentu sebagai panduan demi mencapai matlamat ini.

MATLAMAT 

  • Menjadikan Malaysia negara maju dan negara industri
  • Maju sepenuhnya menjelang 2020
MENGAPA TAHUN 2020?
  • Kemunculan generasi baru dalam pembangunan negara
  • Negara tidak ketinggalan dalam bidang sains, teknologi dan komunikasi
  • Praktikal tidak mencapai matlamat
  • Kewujudan pendapat ahli-ahli fikir melibatkan pembangunan industri.
CABARAN WAWASAN 2020

  1. Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjungi masa depan yang dikongsi bersama
  2. Melahirkan masyarakat teguh dan terbentuk jiwanya, bangga keadaannya dan segala sesuatu yang dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi rintangan.
  3. Membentuk dan memperkembangkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokratik Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi negara-negara membangun yang lain.
  4. Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dab etikanya dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi budi pekerti yang mulia
  5. Mewujudkan masyarakat yang toleran.
  6. Membentuk masyarakat bersifat sains dan progresif 
  7. Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
  8. Menjamin pembentukan negara yang adil ekonominya
  9. Mewujudkan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya tahan tinggi.  

PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Bagaimana Guru Berperanan dalam Pembinaan Negara Bangsa.





Konsep Negara Bangsa

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa  bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotism.
                Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas dari segi maklumat, modal, manusia, nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:
"..membentuk sebuah negara yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegarasi wilayah-wilayahnya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaam hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Melangkah ke Hadapan, 1991)
Pengertian:
Kamus Dewan Edisi Ketiga
Pembinaan: pembangunan
Negara: sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan.
Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.

Oleh itu:

Pembinaan Negara Bangsa dapat didefinasikan sebagai: Pembangunan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara.
Negara berbilang Kaum dan Agama: sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan.
Perkongsian Nilai: Hidup bersama-sama dalam suatu sifat ketinggian pemikiran kemasyarakatan.
Semangat Patriotisme: Perasaan cinta  yang kuat terhadap tanah air. 


Isnin, 12 Disember 2011

FAKTOR KEMAJUAN SESEBUAH NEGARA

FAKTOR KEMAJUAN SESEBUAH NEGARA

             



POLITIK
EKONOMI
MASYARAKAT
KEBAIKAN
1. STABIL
2. KEPENTINGAN SEMUA PIHAK
3. HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR

1. PENGGUNAAN HASIL BUMI TEMPATAN YANG MAKSIMA
2. GALAKAN MASYARAKAT BERNIAGA
3. PELABURAN MASUK DARI NEGARA LUAR
1. INGIKAN PERUBAHAN
2. HIDUP HARMONI DALAM PERPADUAN
3. JATI DIRI YANG KUKUH
4. SIKAP POSITIF DAN KETERBUKAAN
KELEMAHAN

1. MENJAGA KEPENTINGAN SEMUA PIHAK
2. SISTEM PEMERINTAHAN YANG ADIL.
1. KURANG TENAGA MAHIR
2. MENGUTAMAKAN BARANGAN LUAR
3. PERGANTUNGAN PADA MATA WANG ASING
1. TAKUT UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BARU
2. MENERIMA PENGARUH LUAR TANPA BATASAN ATAU TAPISAN
3. SUKA MENUNDING JARI MEMPERSALANKAN SESAMA SENDIRI.

KEDAULATAN NEGARA

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK KEDAULATAN NEGARA



Pengertian Kedaulatan Negara:

Kamus Dewan :

  • Kekuasaan yang tertinggi
  • Kuasa  Raja-raja melayu yang diakui oleh perlembagaan
  • Berkuasa atau berhak sepenuhnya ke atas urusan atau pemerintahan sendiri (negara yang merdeka)
Maksud lain:
  • Kedaulatan tidak boleh diganggu oleh negara lain
  • Kedaulatan negara dapat dipertahankan dengan penguatkuasaan undang-undang bertujuan melindungi dan memajukan kepentingan-kepentingan negara seperti keselamatan, kesejahteraan dan geografi serta ekonomi negara.
  • Undang-undang ini boleh dicapai dengan cara:
    • mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
    • memajukan ekonomi dengan memberi kemahiran yang tinggi dan pelbagai kepada rakyat. 

Peranan Guru:

  1. Melahirkan pelajar yang memenuhi hasrat dab aspirasi negara
  2. Menanamkan semangat cintakan negara
  3. Memperbanyakkan program-program yang dapat membentuk patriotisme 
  4. Menyumbangkan tenaga dan idea untuk aktiviti kemasyarakatan - libatkan diri dalam NGO
  5. Guru menyedarkan masyarakat  melalui media (lagu patriotik)
  6. Guru menyedarkan melalui penulisan artikel
  7. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan seiring dengan peredaran zaman.
  8. Guru menjadi "role model" dalam kedaulatan negara.
  9. Guru Besar sebagai penggerak kepada kecemerlangan ilmu dan jati diri bangsa
  10. Guru memberi atau menyokong sepenuhnya terhadap merealisasikan misi dan visi negara.

Kesimpulan:

Dalam memelihara kedaulatan negara guru:

  • Dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam semua pelajaran yang diajarnya agar dapat menghalang pertumbuhan fahaman kebaratan.
  • Dari aspek sahsiah, guru perlu membentuk murid menjadi individu yang serius dalam setiap usaha, kreatif, dan berdisplin agar tidak ada pihak yang dapat merendah-rendah diri murid tersebut.
  • Guru perlu memupuk toleransi dan kerjasama di kalangan murid di samping menanam budaya harmonis agar sukar untuk musuh memecah-belahkan mereka.
  • Guru perlu berusaha menjamin perpaduan kaum dengan melaksanakan KBSR,KBSM serta menjalankan aktiviti yang sesuai dengan perpaduan.   

INTEGRASI NASIONAL

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL

                     

Pengertian Integrasi Nasional:
satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.

Ciri-ciri Integrasi Nasional
  1. Melibatkan pertembungan dua atau lebih masyarakat dan budaya
  2. Satu bentuk budaya baru dilahirkan dan menjadi milik bersama masyarakat dan budaya berbeza
  3. Dalam budaya baru yang dibentuk, hilangnya identiti masyarakat dan perbezaan kebudayaan.
  4. Integrasi sosial boleh berlaku dalam sektor ekonomi,politik dan negara.
Peranan Guru.

  1. Guru perlu bersikap samarata terhadap semua murid
  2. Guru berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu yang standard
  3. Guru berperanan dalam masyarakat
  4. Guru melibatkan guru dalam program-program yang membentuk nilai-nilai kebersamaan, contoh: RIMUP 
  5. Guru bersikap adil dan amanah
  6. Peribadi guru yang tidak bersikap perkauman di kalangan guru sendiri
  7. Menanam budaya harmonis
  8. Memupuk toleransi antara kaum
  9. Meghormati kepelbagaian budaya di sekolah
  10. memupuk persefahaman antara kaum di sekolah.