Selasa, 13 Disember 2011

PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Bagaimana Guru Berperanan dalam Pembinaan Negara Bangsa.





Konsep Negara Bangsa

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa  bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotism.
                Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas dari segi maklumat, modal, manusia, nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 

Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:
"..membentuk sebuah negara yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegarasi wilayah-wilayahnya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaam hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut." (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Melangkah ke Hadapan, 1991)
Pengertian:
Kamus Dewan Edisi Ketiga
Pembinaan: pembangunan
Negara: sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan.
Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.

Oleh itu:

Pembinaan Negara Bangsa dapat didefinasikan sebagai: Pembangunan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara.
Negara berbilang Kaum dan Agama: sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan.
Perkongsian Nilai: Hidup bersama-sama dalam suatu sifat ketinggian pemikiran kemasyarakatan.
Semangat Patriotisme: Perasaan cinta  yang kuat terhadap tanah air. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan