Isnin, 12 Disember 2011

KEDAULATAN NEGARA

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK KEDAULATAN NEGARA



Pengertian Kedaulatan Negara:

Kamus Dewan :

  • Kekuasaan yang tertinggi
  • Kuasa  Raja-raja melayu yang diakui oleh perlembagaan
  • Berkuasa atau berhak sepenuhnya ke atas urusan atau pemerintahan sendiri (negara yang merdeka)
Maksud lain:
  • Kedaulatan tidak boleh diganggu oleh negara lain
  • Kedaulatan negara dapat dipertahankan dengan penguatkuasaan undang-undang bertujuan melindungi dan memajukan kepentingan-kepentingan negara seperti keselamatan, kesejahteraan dan geografi serta ekonomi negara.
  • Undang-undang ini boleh dicapai dengan cara:
    • mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
    • memajukan ekonomi dengan memberi kemahiran yang tinggi dan pelbagai kepada rakyat. 

Peranan Guru:

  1. Melahirkan pelajar yang memenuhi hasrat dab aspirasi negara
  2. Menanamkan semangat cintakan negara
  3. Memperbanyakkan program-program yang dapat membentuk patriotisme 
  4. Menyumbangkan tenaga dan idea untuk aktiviti kemasyarakatan - libatkan diri dalam NGO
  5. Guru menyedarkan masyarakat  melalui media (lagu patriotik)
  6. Guru menyedarkan melalui penulisan artikel
  7. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan seiring dengan peredaran zaman.
  8. Guru menjadi "role model" dalam kedaulatan negara.
  9. Guru Besar sebagai penggerak kepada kecemerlangan ilmu dan jati diri bangsa
  10. Guru memberi atau menyokong sepenuhnya terhadap merealisasikan misi dan visi negara.

Kesimpulan:

Dalam memelihara kedaulatan negara guru:

  • Dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam semua pelajaran yang diajarnya agar dapat menghalang pertumbuhan fahaman kebaratan.
  • Dari aspek sahsiah, guru perlu membentuk murid menjadi individu yang serius dalam setiap usaha, kreatif, dan berdisplin agar tidak ada pihak yang dapat merendah-rendah diri murid tersebut.
  • Guru perlu memupuk toleransi dan kerjasama di kalangan murid di samping menanam budaya harmonis agar sukar untuk musuh memecah-belahkan mereka.
  • Guru perlu berusaha menjamin perpaduan kaum dengan melaksanakan KBSR,KBSM serta menjalankan aktiviti yang sesuai dengan perpaduan.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan