Selasa, 13 Disember 2011

HALA TUJU NEGARA

HALA TUJU NEGARA (WAWASAN 2020)



SEJARAH WAWASAN

  • Ilham dari bekas Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 28 Febuari 1991
  • Wawasan 2020 adalah merupakan pengenalan kepada pembentukan beberapa dasar baru (Dasar Pembangunan Nasional) yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru.
MENGAPA PERLU WAWASAN

FOKUS KEBANGSAAN
  • Pemerintah dan rakyat memberi penumpuan ke arah mencapai matlamat
PERJANJIAN SOSIPOLITIK
  • Rakyat dan kerajaan membantu usaha pembangunan
AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL
  • Agenda pembangunan melalui perancangan jangka pendek, pertengahan dan panjang
WAWASAN 2020

::merupakan satu garis panduan kepada arah dasar pembangunan negara
::memberi arah tujuan dan sasaran negara bagi mencapai suatu tahap maju 
::menetapkan satu jangka masa tertentu sebagai panduan demi mencapai matlamat ini.

MATLAMAT 

  • Menjadikan Malaysia negara maju dan negara industri
  • Maju sepenuhnya menjelang 2020
MENGAPA TAHUN 2020?
  • Kemunculan generasi baru dalam pembangunan negara
  • Negara tidak ketinggalan dalam bidang sains, teknologi dan komunikasi
  • Praktikal tidak mencapai matlamat
  • Kewujudan pendapat ahli-ahli fikir melibatkan pembangunan industri.
CABARAN WAWASAN 2020

  1. Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjungi masa depan yang dikongsi bersama
  2. Melahirkan masyarakat teguh dan terbentuk jiwanya, bangga keadaannya dan segala sesuatu yang dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi rintangan.
  3. Membentuk dan memperkembangkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokratik Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi negara-negara membangun yang lain.
  4. Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dab etikanya dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi budi pekerti yang mulia
  5. Mewujudkan masyarakat yang toleran.
  6. Membentuk masyarakat bersifat sains dan progresif 
  7. Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
  8. Menjamin pembentukan negara yang adil ekonominya
  9. Mewujudkan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya tahan tinggi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan